Hubungi

Rekabentuk Baru Website Woot Media

Rekabentuk Baru Website Woot Media

Alhamdulillah, akhirnya proses pengubahsuaian website rasmi Woot Media siap setelah hampir dua minggu diusahakan. Terima kasih kepada pengasas Woot Media, Nursyafiq dan pengasas bersama Woot Media, Affan, yang berusaha keras menyiapkan website ini dengan jayanya.

Website ini akan menjadi portfolio dan memaparkan pengumuman dan laporan aktiviti rasmi kami. Selain itu, kami juga telah membina beberapa halaman khas seperti berikut:

Profil: Memaparkan profil rasmi Woot Media.

Krew: Tahukah Woot Media merupakan sekumpulan blogger yang mempunyai pengalaman dalam dunia blog? Halaman ini memaparkan profil mereka.

Servis: Memaparkan beberapa servis yang ditawarkan oleh Woot Media. Kami menyediakan pelbagai servis pada harga berpatutan, termasuk kos pemasangan website dan blog, pemasangan aplikasi Facebook, perkhidmatan mencetak baju dan sebagainya.

Produk: Halaman yang memaparkan beberapa produk daripada Woot Media. Kami sentiasa mencari peluang-peluang yang ada untuk terus melancarkan produk-produk baru, iaitu blog atau website yang mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembaca kami.

Pengiklanan: Woot Media semakin berkembang dari hari ke hari. Halaman Pengiklanan merupakan medium terbaik bagi para usahawan dan peniaga yang ingin memasarkan produk mereka pada harga yang berpatutan. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

Blog: Jika terdapat pengumuman rasmi, aktiviti ataupun pertandingan dan cabutan bertuah, maka ianyanya akan dipaparkan pada halaman blog. Untuk mengetahui perkembangan terbaru kami, anda boleh melanggan RSS melalui emel.

Hubungi Kami: Jika anda ingin menggunakan servis yang kami tawarkan, ingin beriklan, mempunyai sebarang kritikan membina, ingin memberi sebarang cadangan dan sebagainya, anda boleh mengisi borang yang terdapat pada halaman ini. Sebarang bentuk SPAM tidak akan dilayan.

Network: Memaparkan artikel-artikel terbaru daripada blog-blog Woot Media.

Apakah pendapat anda mengenai rekabentuk baru kami ini? Terdapat sebarang cadangan? Sila tinggalkan pada bahagian komen atau boleh hubungi kami.